NOVEMBER 2022

Calon GPS Berpengalaman, Bertenaga


KUCHING: Semua calon termasuk muka baharu yang diketengah Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan mereka berpengalaman dan bertenaga.

Pengerusi GPS merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa mengumumkan senarai penuh calon GPS itu berkata, GPS pada PRU-15 ini turut mengemukakan dua wanita yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat.

Rodiyah Sapiee adalah seorang jurutera dan Dato Sri Doris Sophia Brodi adalah Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS), katanya pada sidang media mengumumkan senarai calon GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jalan Bako, di sini.

Beliau yang juga Yang di-Pertua Parti PBB berkata, GPS akan melancarkan manifestonya sendiri pada 6 November ini, bertemakan ‘Sarawak Diutamakan’.

GPS, tambahnya, akan terus berjuang menuntut hak Sarawak demi rakyat dan negeri ini.

 Beliau turut menzahirkan terima kasih kepada bekas Menteri GPS yang berkhidmat di Kerajaan Persekutuan kerana telah berjaya menuntut sebahagian hak Sarawak yang terhakis.

Sumber dari : Jiwa Bakti